Wednesday, 10 July 2013

Cerita2 Kosong

.............Cerita2 Kosong..........


Kekadang ada mulut pun kena gak jaga. Memanglah mulut tu terjaga sbb terlekat kat muka. Tapi bila bercakap maksudnya. Mungkin dengan satu ayat kita ni bleh menyebabkan orang lain yang mendengarnya sakit hati.. terasa hati.... marah... merajuk dsbg... Tapi dah namanya manusia kan. Kadang cakap ikut suka mulut dia........... 

Saya iaitu Herney Binti Hj. Sahari.. Bekerja hanya sebagai seorang Cleaner di tempat kerja saya. Almaklumlah kan, dah namanya Cleaner mustilah orang pandang rendah pada kita kan. Kerja pun angkut sampah, cuci jamban, bersihkan office. Tapi kadang kala bagi yang berpangkat tinggi mereka perlu ingat, seandainya saya tak bekerja maka semua kerja saya tak akan dibuat oleh orang yang lain bukan. Maka pada pandangan saya, saya ni pun ada kepentingannya di sesebuah organisasi. Oleh yang demikian janganlah memandang rendah dengan JAWATAN saya yang tak seberapa ni. 

Bagi yang berpangkat BESOR..  jangan suka membezakan2 dan adakan jurang pada jawatan seseorang.  Contohnya... Perbezaan Manager & Cleaner.... Memanglah saya  tahu kedudukan saya sebagai Cleaner di mana. Tak perlu orang sedarkan saya akan kedudukan saya. Tapi x salah bagi saya untuk berbaik dengan orang yang berpangkat besar bukan. Jangan fikir orang yang berpangkat besar, kebijaksanaan mereka pun besar. Kadangkala bodohnya pun besar gak. 

MORALITINYA.....Manusia semua sama di sisiNya... yang membezakan hanya amalannya... Bukan <PANGKATNYA>.... fullstop...



No comments:

Post a Comment